Nahas Pelajar UPSI: Pemandu Bas Akan Direman Selepas Keluar Hospital – Polis

LocalPolitics
10 Jun 2025 • 10:13 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perintah reman terhadap pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan tragik meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hanya akan dilakukan selepas lelaki itu dibenarkan keluar daripada hospital.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata pemandu berusia 42 tahun itu kini masih menerima rawatan di Hospital Taiping akibat kecederaan yang dialami.

“Kita perlu tunggu dia keluar hospital sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Dia sedang menerima rawatan di Hospital Taiping,” katanya.

image is not available

Foto: Harian Metro

Menurut beliau, setakat ini pihak polis belum mengambil keterangan daripada pemandu terbabit memandangkan keadaannya yang belum stabil.

Difahamkan, pemandu bas itu mengalami kecederaan pada tangan dalam insiden berkenaan.

Dalam kemalangan berlaku semalam, sebuah bas yang membawa 42 pelajar UPSI dan seorang kelindan dipercayai hilang kawalan selepas melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan jenis Perodua Alza di Gerik.

Siasatan awal mendapati bas tersebut terbabas selepas perlanggaran berlaku, menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan sejumlah besar penumpang.

Mangsa dalam Perodua Alza yang turut terbabit dalam nahas itu terdiri daripada pasangan suami isteri dalam lingkungan usia 30-an serta dua anak mereka yang merupakan seorang perempuan, 6, dan seorang lelaki, 3.

image is not available

Foto: FMT

Dalam kejadian menyayat hati itu, 27 penumpang bas turut mengalami kecederaan.

Mereka terdiri daripada 23 wanita dan empat lelaki, dan kini sedang dirawat di beberapa hospital iaitu Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Gerik, Hospital Baling dan Hospital Taiping.

Sumber: Harian Metro (Zahratulhayat Mat Arifzah)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved