Nahas pelantar minyak: 9 hari sebelum 'pergi', Ahmad Fiqri derma darah kali terakhir di Hospital Melaka, jasa terus dikenang

26 May 2026 • 12:54 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Nahas pelantar minyak: 9 hari sebelum 'pergi', Ahmad Fiqri derma darah kali terakhir di Hospital Melaka, jasa terus dikenang
Foto: Bernama

NAHAS meragut nyawa tiga pekerja pelantar minyak di Platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan baru-baru ini mengundang tumpuan ramai.

Pemergian ketika mencari rezeki buat keluarga, salah seorang yang  terkorban, Ahmad Fiqri Zakaria, 38, rupanya seorang penderma darah setia di Hospital Melaka.

Allahyarham yang berasal dari Batu Berendam dikatakan penderma tegar dan aktif berbuat demikian di Bank Darah Melaka.

Image from: Nahas pelantar minyak: 9 hari sebelum 'pergi', Ahmad Fiqri derma darah kali terakhir di Hospital Melaka, jasa terus dikenang
Foto: Bernama

Menurut Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka, kali terakhir berbuat demikian  ialah pada 15 Mei lalu di Pusat Pendermaan Darah Hospital Melaka, iaitu sembilan hari sebelum arwah terlibat nahas.

“Jasa dan pengorbanan Allahyarham amat dihargai dan akan sentiasa dikenang. 

"Semoga roh semua mangsa dicucuri rahmat dan ahli keluarga diberi kekuatan serta ketabahan,” menurutnya dalam kenyataan.

Artikel berkaitan:

Image from: Nahas pelantar minyak: 9 hari sebelum 'pergi', Ahmad Fiqri derma darah kali terakhir di Hospital Melaka, jasa terus dikenang

Imbas kembali kejadian kira-kira 12.50 tengah hari Ahad lalu, Ahmad Fiqri tiga rakan, Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustaman, Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid dan Mohd Taufik Mohd Ruslan yang menjalankan kerja penyelenggaraan di bahagian bawah platform terjatuh ke dalam laut selepas  tali atau cangkuk (hook) pada lifeboat tersebut tiba-tiba tercabut.

Kesemua mangsa kemudiannya telah dibawa menaiki helikopter pada jam 4 petang untuk diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) bagi mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Namun Ahmad Fiqri, Muhammad Faezuan dan Nik Muhammad Hafifi disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada jam 5.25 petang manakala Mohd Taufik dilaporkan mengalami cedera parah.

Sumber: Facebook

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved