
KUALA TERENGGANU – Kecederaan parah akibat hentakan kuat serta lemas dikenal pasti sebagai punca kematian tiga pekerja pelantar minyak yang terlibat dalam nahas di Pelantar Sepat berhampiran perairan Terengganu-Kelantan semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, hasil bedah siasat mendapati Nik Muhammad Hafifi Ab Majid, 38, meninggal dunia akibat kecederaan teruk pada bahagian abdomen yang dipercayai berpunca daripada hentakan kuat.
“Seorang lagi mangsa, Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, pula meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian leher.
“Lemas pula menjadi punca kematian Ahmad Fiqri Zakaria, 38,” katanya di sini hari ini.
Punca Kematian Tiga Mangsa Dikenal Pasti
Memetik laporan Kosmo!, dapatan tersebut diperoleh menerusi proses bedah siasat terhadap ketiga-tiga mangsa yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Azli berkata, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut. – The Malaysian Update
The post Tiga Pekerja Pelantar Maut: Kecederaan Parah Dan Lemas Punca Kematian appeared first on The Malaysian Update.






