Nahas Plaza Tol Bkt Kajang: Mangsa kedua disahkan meninggal dunia

5 Oct 2025 • 7:16 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang lagi mangsa yang terbabit dalam kemalangan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Sabtu minggu lalu, meninggal dunia, hari ini.

Mangsa, Mohd Hafizi Anuar, 48, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi di Hospital Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengesahkan maklumat itu.

Beliau berkata, mangsa berusia 48 tahun adalah penjawat awam disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi, hari ini.

Jenazah Allahyarham akan diserahkan kepada keluarga selepas proses bedah siasat dijalankan.

"Ini menjadikan dua mangsa maut dalam kejadian ini. Siasatan berhubung kemalangan terbabit diteruskan," katanya.

Nahas berlaku pada 27 September di Lebuhraya Kajang SILK apabila sebuah lori yang membawa bahan lusuh merempuh empat kenderaan di plaza tol itu.

Seorang bayi lelaki berusia 16 bulan, Amir Husayn, turut terbunuh manakala beberapa yang lain cedera.

Pihak berkuasa percaya lori itu mungkin mengalami kegagalan brek, menyebabkan Amir tercampak keluar dari kereta keluarganya akibat rempuhan.

Susulan kejadian itu, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membatalkan lesen operasi LDT Metal Trading, syarikat yang bertanggungjawab terhadap lori berkenaan.

Dalam satu kenyataan, APAD berkata siasatannya mendapati syarikat itu gagal memasang peranti Global Positioning System (GPS) dalam kenderaan itu, sekali gus melanggar keperluan asas keselamatan untuk pengangkutan komersial.

Pembatalan bermakna syarikat tidak lagi diberi kuasa untuk mengendalikan atau menggunakan mana-mana kenderaan untuk tujuan perkhidmatan. — 5 Oktober 2025

The post Nahas Plaza Tol Bkt Kajang: Mangsa kedua disahkan meninggal dunia appeared first on Scoop.