Nahas Terowong Menora: Polis Sedang Kesan Pemandu Langgar Ibu Hamil

LocalPolitics
4 Apr 2025 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tular satu klip video yang menunjukkan sebuah Mitsubishi Xpander berwarna merah yang sedang memecut laju melanggar seorang mangsa kemalangan yang tercampak dari kereta berhampiran Terowong Menora, Ipoh pada Ahad lalu.

Rakaman papan pemuka itu turut menunjukkan kenderaan terbabit tidak berhenti untuk memberikan bantuan, sebaliknya meneruskan perjalanan.

Untuk itu, polis sedang mengesan pemandu kereta berkenaan untuk membantu siasatan.

image is not available

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata pihaknya bersama PLUS masih mengesan kenderaan berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan termasuk dakwaan berlakunya kecurian barang milik mangsa sewaktu kejadian terbabit yang tular dalam media sosial.

image is not available

"Kita sebenarnya dalam siasatan lagi dan sedang mencari dia (pemandu), (dipercayai) bukanlah langgar lari mungkin dia (pemandu) tidak sempat nak mengelak.

"Jadi, kita dengan PLUS cuba nak tengok nombor plat kenderaan menerusi CCTV (kamera litar tertutup) dan perkara itu masih dalam siasatan kami," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap pemandu kenderaan berkenaan tampil bagi membantu siasatan dan kenyataan media akan dikeluarkan apabila maklumat lengkap diperoleh.