Nahas UPSI: Hospital Ipoh perlu bekalan darah bantu mangsa

LocalHealth & Fitness
10 Jun 2025 • 4:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dipercayai memerlukan bekalan darah bagi menampung keperluan pesakit yang terlibat dalam kemalangan bas di Gerik semalam yang telah meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Keperluan itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Threads oleh pemilik akaun @_khunchantrana yang merayu orang ramai supaya tampil membantu menderma darah kerana rakan-rakan seperjuangannya masih dalam keadaan kritikal.

image is not available

“HRPB perlukan bantuan darah A dan B. Ramai kawan-kawan saya masih kritikal. Mohon sesiapa yang ada darah A dan B datang bantu,” tulisnya.

image is not available

image is not available

Hospital Ipoh perlu bekalan darah bantu mangsa

Menurut maklumat dikongsikan, Pusat Derma Darah HRPB kini beroperasi pada Isnin hingga Khamis dari jam 8 pagi hingga 1 tengah hari dan 2 petang hingga 9 malam, manakala pada hari Jumaat dari jam 8 pagi hingga 12.15 tengah hari dan 2.45 petang hingga 9 malam.

Lokasi derma darah adalah di Bilik Pendermaan Darah HRPB di Bangunan Jabatan Perubatan Transfusi yang terletak bersebelahan pusat rawatan harian hospital berkenaan.

Dalam pada itu, @_khunchantrana turut memaklumkan rakannya, Wan Nor Masyitah Wan Hussein mengalami kecederaan teruk dan berada di Zon Kuning Hospital Taiping.

“Dia patah tulang paha, tulang belakang dan pinggul pun retak. Tengah tunggu keputusan doktor pakar sama ada perlu operate atau tak,” katanya.

image is not available

Seorang lagi mangsa, Nurul Athirah Zakaria, pula mengalami paru-paru lebam akibat hentakan dalam kemalangan tersebut.

“Nurul kena hentakan kuat sampai paru-paru lebam. Kepala pun bleeding, tapi sekarang pernafasan dia dah stabil. Dah masuk wad biasa. Tapi doktor masih monitor dari masa ke semasa,” katanya.

Setakat ini, HRPB belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keperluan darah bagi merawat mangsa nahas tersebut. Namun, orang ramai digalakkan untuk tampil menderma darah bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi, khususnya dalam situasi kecemasan melibatkan ramai mangsa.