Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

TechnologyCars
23 Oct 2026 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

image.png

Chery telah mengumumkan sistem pengecas “Volt-dragon”, iaitu penyelesaian yang dibangunkan untuk menyaingi rangkaian pengecasan megawatt yang sedang dibangunkan oleh BYD, Geely, dan Huawei.

Sistem ini menawarkan kuasa pengecasan puncak sebanyak 1.44  MW. Menurut Chery, pengecasan selama lima minit mampu menambah jarak pemanduan sehingga 500km.

Chery turut menyatakan bahawa sesi pengecasan dari 10% hingga 97% hanya mengambil masa 6 minit 50 saat, menjadikannya naib juara baharu dalam persaingan pengecasan megawatt di China.

Naib juara baharuimage.png

Meskipun Chery agak samar-samar tentang bagaimana AI meningkatkan kelajuan pengecasan, dakwaan syarikat itu mengenai sistem Volt-dragon menjadikannya naib juara semasa dalam saingan pengecasan.

Bagaimanapaun, bateri Shenxing generasi ketiga daripada CATL—yang menyokong pengecasan 10% hingga 98% dalam masa 6 minit 27 saat masih kekal sebagai raja pengecasan.

Pemain industri lain, termasuk BYD, Huawei, dan Geely, masing-masing mencatatkan masa pengecasan 10% hingga 97/98% sekitar 8 hingga 9 minit.

Screenshot-2026-10-23-183224.png

Chery masih mengunci mulut mengenai metrik pengecasan lain dan belum menerbitkan prestasi sistemnya dalam keadaan cuaca sangat panas atau sejuk ekstrem.

Chery berjanji bahawa pengguna bakal memperoleh jarak pemanduan 500 km dalam masa 5 minit pengecasan, walaupun ia belum mengumumkan model atau kenderaan spesifik yang terikat dengan metrik ini.

Kuasa pengecasan puncak sistem Volt-dragon ialah 1.44 MW, dan kenderaan yang disokong dijangka dibina di atas platform 800V atau melebihi 1000V.

Pelan stesen dan pelancaran

Pengeluar kenderaan itu menyatakan pengecas Volt-dragon akan menggunakan elektronik kuasa silikon karbida generasi terkini, dengan kecekapan keseluruhan sistem dari grid ke palam (grid-to-plug) sebanyak 96.5%. Stesen-stesen ini juga akan menggunakan penyejukan cecair rendaman (immersion liquid cooling) untuk menyingkirkan haba semasa pengecasan megawatt.

Kabel pengecasan juga telah dioptimumkan supaya lebih ringan, di mana gabungan palam dan kabel hanya berberat 2 kg. Chery turut menambah bahawa operasi stesen tidak akan melebihi kadar bunyi 50 dBA, bersamaan dengan tahap perbualan biasa.

Chery turut menjanjikan pelbagai perkara besar untuk Volt-dragon, termasuk pengecasan automatik melalui lengan robotik bagi menawarkan pengalaman "pandu lalu". Ia juga menyatakan sistem ini menyokong teknologi Kenderaan-ke-Grid (V2G), membolehkan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) mengeksport tenaga elektrik kembali ke grid untuk menjana keuntungan.

Sudah tentu, pengecas megawatt atau gigawatt tidak akan berguna jika tiada stesen untuk mengecas kenderaan. Chery menyatakan ia bakal membuka 100 stesen Volt-dragon di 10 buah bandar di seluruh China, dengan pelan pembesaran lanjut akan diumumkan sebelum penghujung tahun 2026.

Sasaran akhirnya adalah untuk memiliki lebih daripada 20,000 stesen berkeupayaan V2G Volt-dragon di seluruh dunia menjelang tahun 2029. Sebagai perbandingan, BYD telah mencapai 10,000 stesen Flash Charging pada akhir Ogos tahun ini dan mensasarkan untuk mencapai 20,000 stesen sebelum penghujung tahun 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved