Naik bot ke sekolah pedalaman, Fadhlina sebak dengar murid nyanyi lagu Negaraku

LocalFamily & Parenting
19 Nov 2025 • 4:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek telah berkongsi lawatannya ke sekolah-sekolah di pedalaman Perak melibatkan murid-murid orang asli menggunakan perjalanan air.

Fadhlina ke sekolah di pedalaman Perak

Menerusi hantaran di Facebook, Fadlina memaklumkan perjalanan satu jam perlu ditempuh untuk ke daerah pedalaman di Hulu Perak iaitu lokasi  program sekolah terapung dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Perjalanan air selama satu jam membawa saya ke daerah pedalaman di Hulu Perak di mana Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan program sekolah terapung khusus untuk anak-anak Orang Asli. 
Seribu satu pertanyaan bermain di minda. “Mengapa perjalanan ini terlalu jauh?” “Bagaimana anak-anak di daerah ini bersekolah?”

image is not available

Sertai murid-murid buat persiapan ke sekolah

Beliau telah berkesempatan untuk melihat sendiri persiapan murid-murid di beberapa sekolah membuat persiapan ke tempat mereka menuntut ilmu dan mengikuti mereka menaiki bot menuju ke destinasi.

Difahamkan, Program Sekolah Terapung Tasik Banding adalah inisiatif menangani isu keciciran pembelajaran dalam kelangan anak-anak Orang Asli.

Program Sekolah Terapung Tasik Banding adalah inisiatif signifikan yang diperkenalkan untuk menangani isu keciciran pembelajaran membabitkan anak-anak Orang Asli di beberapa buah kampung iaitu Kampung Charuk Bus, Kampung Tebang dan Kampung Chiong,” ujarnya.

Rasai cabaran dihadapi guru2 di sekolah pedalaman

Fadhlina juga mengambil peluang untuk ke Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) SMK RPS Kemar bagi melawati murid-murid di sana.

Beliau menjelaskan beberapa cabaran dihadapi dan mengakui perkara tersebut adalah hal biasa dirasai para pendidik di kawasan berkenaan.

“Kami teruskan perjalanan mudik ke Jeti Pos Kemar menyusuri tasik yang luas. Tengah perjalanan, bot pula kehabisan minyak dan perlu diisi. Begitulah kebiasaannya buat pendidik yang mencurah khidmat di daerah ini. Alah bisa tegal biasa.
“Perjalanan kami kemudiannya diteruskan menggunakan kenderaan pacuan empat roda menuju ke Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) SMK RPS Kemar,” tulisnya.

Sebak dengar murid nyanyi lagu Negaraku

Ujarnya,  Sekolah model khas K11 yang terletak di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Pos Kemar ini sangat penting dalam usaha KPM memastikan kelangsungan pendidikan untuk anak-anak Orang Asli.

Dedahnya lagi, sekolah berkenaan sebelum ini berstatus K9 dan telah diperluas menjadi sekolah K11.

image is not available

 

Fadhlina turut mengakui berasa sebak apabila mendengar suara murid-murid di sekolah terbabit menyanyikan lagu Negaraku dengan bersemangat dan merasakan ia seperti berada di perbatasan.

“Kita pertama kali sampai. Rasa jauh jugalah. Menangis jugalah dengar anak-anak nyanyi lagu Negaraku. 
Macam dah sampai perbatasan. Begitulah perasaannya,” jelas Fadhlina menerusi komen di Facebook.

image is not available

Artikel lain: KPM perkukuh disiplin sekolah, kuasa rotan diturunkan kepada guru ikut keperluan

Terbaik YB!

Perkongsian tersebut telah mendapat pujian daripada warganet di media sosial. Rata-rata menzahirkan ucapan terima kasih dan mengakui bahawa inisiatif yang dilakukan Menteri KPM ini cukup bermakna buat masa depan anak-anak Orang Asli dalam pendidikan.

image is not available

Bangga dengan kesungguhan YB

image is not available

Terima kasih YB Fadhlina

image is not availableSumber: Facebook Fadhlina Sidek