Guru Muzik Ditahan, Didakwa ‘Sentuh’ Pelajar Sekolah Rendah

LocalPolitics
18 Nov 2025 • 5:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang guru muzik di sebuah sekolah rendah di Kuala Nerus telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul beberapa murid.

Lelaki berusia 54 tahun itu ditangkap di rumahnya di daerah berkenaan pada Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, setakat ini pihaknya menerima empat laporan daripada murid sekolah tersebut berkaitan kes sama.

“Kanak-kanak berusia dalam lingkungan tujuh hingga 10 tahun berkenaan mendakwa dicabul suspek.

Kesemua aduan tersebut diterima antara pukul 12 tengah hari hingga 12.30 tengah hari, 13 November lalu,” katanya.

Azli berkata guru itu kini direman selama lima hari sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dalam perkembangan berasingan, Azli turut mendedahkan satu lagi kes melibatkan seorang peniaga berusia 23 tahun yang ditahan pihak polis atas dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya yang baru berusia lapan tahun.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.