Naik Kapal Terbang Peribadi, Media Cina Lapor Lisa BP & Frédéric Arnault Luang Masa Bersama Di Paris

21 Nov 2023 • 10:34 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Wah! hubungan percintaan mereka berdua masih utuh.

Menurut media dari Cina pada 19 November, Lisa telah menghabiskan masa di Paris pada baru-baru ini dan kelihatan keluar membeli belah bersama dengan kekasihnya, Frédéric Arnault.

Malah, ahli BLACKPINK itu juga dikatakan telah datang ke Paris dengan menggunakan kapal terbang peribadi milik Frédéric.

Walaupun terdapat beberapa khabar angin yang mengatakan bahawa pasangan ini telah putus, namun ianya kelihatan seperti mereka berdua masih lagi menjalinkan hubungan percintaan.

image is not available

Sementara itu, Frédéric Arnault yang juga merupakan anak kepada lelaki kedua terkaya di dunia itu telah dikatakan bercinta dengan ahli BLACKPINK tersebut selepas Lisa didapati pergi bercuti di Itali bersama dengan keluar Frédéric pada Julai lalu.

Tidak ketinggalan, BLACKPINK masih lagi sedang membincangkan pembaharuan kontrak mereka bersama dengan YG Entertainment.

Romantik kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.