Pelbagai Khabar Angin Tersebar, Frédéric Arnault Nafi Dah Putus Dengan Lisa BP?

17 Nov 2023 • 1:08 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Nampaknya, Frédéric Arnault sepertinya telah memberikan kemas kini terbaru mengenai hubungannya dengan Lisa BLACKPINK.

Terbaru pada 16 November, Lisa telah memuat naik video di sebalik tabir penggambaran siri ‘The Billions Club’ untuk Spotify, di laman Instagram miliknya.

Dalam video tersebut, idola itu dilihat tersenyum ceria dan bangga, selepas menjadi wanita K-Pop pertama mempunyai lagu dengan 1 bilion penstriman di Spotify.

Apa yang menarik perhatian, ‘teman lelaki’ Lisa iaitu Frédéric Arnault dilihat menekan butang ‘like’ pada hantaran tersebut, memberikan sokongan dan seolah-olah menafikan khabar angin bahawa dia sudah berpisah dengan ahli termuda BLACKPINK itu.

image is not available

Sebelum ini, terdapat khabar angin bahawa hubungan Lisa dan Frédéric Arnault telah putus, kerana lelaki itu didakwa hanya menggunakan Lisa untuk kepentingan perniagaan.

Namun, masih belum ada apa-apa pengesahan mengenai spekulasi berkenaan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.