“Naik lori weh” – Gelagat Pelajar Sekolah Tumpang Lori Balik Dari Masjid Buat Orang Ramai Tersengih

Entertainment
4 Aug 2024 • 1:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pengalaman dan kenangan waktu sekolah memang sukar dilupakan. Ada-ada saja pengalaman yang manis bahkan juga pelik yang kita akan kenang walaupun dah bertahun tinggalkan sekolah.

Mungkin pengalaman ini yang bakal menjadi satu kenanangan untuk kumpulan pelajar sekolah ini yang terpaksa menumpang sebuah lori syarikat penghantaran untuk ke masjid untuk Solat Jumaat.

Bukan seorang dua, tapi sekumpulan. Korang tengok video @solehahardz di bawah.

Naik lori weh

Min rasa pengalaman pelajar-pelajar ni naik lori memang tak mudah untuk dilupakan. Mana tidaknya, biasa naik bas, tiba-tiba satu hari ni terpaksa naik lori. Nasib baik selamat sampai. Macam biasalah, netizen pasti ada komen-komen yang menghiburkan.

image is not availableDah macam review barang beli online pulak kan. Nasib baik tak jadi apa-apa kepada parcel yang dihantar, semuanya selamat.

image is not availableBetul, senang tugas pekerja penghantaran. Tak perlu nak hantar sampai depan pintu. Buka pintu lori, parcel terus jalan sendiri.

image is not availableItulah kan, nasib baik ada video. Kalau tak dah jadi kes culik beramai-ramai. Culik pulak naik lori kan.

image is not availableIni yang min cakap awal tadi. Pengalaman yang susah dilupakan dan mungkin tak akan berulang lagi. Memang akan jadi buah mulut di tahun mendatang untuk pelajar-pelajar ni.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.