
Melalui laporan CNBC Indonesia, warga Indonesia masih menjadikan negara Malaysia sebagai pilihan utama mereka untuk melancong.
Difahamkan, lebih 4.1 juta pelancong warga Indonesia ‘menyerbu’ Malaysia sepanjang tahun 2024 dan menjadikan ia sebagai negara kedua penyumbang pelancong terbesar selepas Singapura.

Menurut Timbalan Ketua Pelancongan Malaysia, Datuk Yeoh Soon Hin, angka tersebut melonjak sebanyak 19.1 peratus berbanding tahun 2023 dan 6.8 peratus lebih tinggi daripada era pra-pandemik di tahun 2019.
Indonesia merupakan pasar terbesar kedua bagi Malaysia dengan 4.1 juta pengunjung pada tahun 2024.

Bukan sekadar semakin ramai pelancong Indonesia ke Malaysia, malah akses juga semakin mudah, di mana ada lebih 500 penerbangan langsung setiap minggu daripada 10 syarikat penerbangan Indonesia ke Malaysia dan lebih 106,000 kerusi disediakan.
Tiba-Tiba Gambar Menara Kuala Lumpur, KLCC, TRX Dan Merdeka 118 Muncul Dalam Video Promosi Pelancongan Indonesia, Rupa-Rupanya...
The post Naik Mendadak Berbanding Tahun-Tahun Lalu, Lebih 4 Juta Warga Indonesia ‘Serbu’ Malaysia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



