Naik taraf CIQS bernilai RM1 billion mampu beri impak

25 May 2023 • 4:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KERJA menaik taraf infrastruktur Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di sempadan Sabah dan Sarawak yang melibatkan peruntukan RM1 bilion, mampu memberikan impak positif terutama kepada ekonomi di kawasan itu.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata kewujudan kompleks CIQS di kawasan itu juga dapat mencegah aktiviti haram, termasuk penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

“Interaksi ekonomi yang rancak (di sempadan) akan meningkatkan hasil pendapatan negara.

“Kedudukan kita yang bersempadan dengan dengan Kalimantan menjadikan negara ini, khasnya Sabah mempunyai hubungan erat dengan Indonesia, ” katanya ketika merasmikan Pembukaan Sidang Geostrategik Negeri Sabah (SGS) 2023 di Kota Kinabalu pada 16 Mei.

SPONSORED CONTENT Carlsberg’s special edition cans feature Sabah, Sarawak wonders Kota Kinabalu: Carlsberg Smooth Draught Celebrates raises its special-edition cans to Borneo with tattoo art by local artists commemorating Sabah and Sarawak’s natural wonders. Read more Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri.

Pada Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan awal berjumlah RM1 bilion untuk memulakan kerja-kerja menaik taraf prasarana dan keupayaan CIQS di sempadan Sarawak dan Sabah.

Sementara itu, Hajiji berkata penganjuran SGS 2023 tepat pada masanya kerana isu perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan memerlukan tindakan teliti dan segera di semua peringkat.

Beliau juga mahu kolaborasi dan koodinasi antara ahli akademik dan penggubal dasar dipertingkatkan bagi menghasilkan output di akhir sidang itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.