
LEBIH 100,000 penduduk di daerah ini serta kawasan sekitar bakal menikmati kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan lebih selesa sebaik projek menaik taraf Hospital Papar siap menjelang hujung tahun ini.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata projek biayaan Persekutuan bernilai RM98.5 juta itu berada pada tahap kerja 62 peratus, agak ketinggalan di belakang jadual.
Beliau berkata projek itu yang bermula pada Mei 2017 mengalami kelewatan disebabkan faktor kekurangan tenaga kerja serta bahan pembinaan, selain pandemik Covid-19.
“Walaupun agak ketinggalan (dalam penyiapan) daripada jangkaan 70 peratus siap, kita akan teruskan perbincangan dan pemantauan antara Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Kerja Raya, kontraktor serta pihak lain untuk memacu projek ini ke hadapan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek di Hospital Papar di Papar pada 8 April.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib; dan Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin.
Dr Zaliha berkata selain Hospital Papar, dua lagi hospital – Hospital Beaufort dan Hospital Sikuati, Kudat – telah dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ di Sabah, dan sedang dalam proses dinaik taraf.
Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata apabila siap, Hospital Papar akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 penduduk di daerah Papar serta daerah sekitar dari segi menerima rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan selesa.
“Projek menaik taraf melibatkan pembinaan wad dengan tambahan 84 katil merangkumi wad pediatrik, wad wanita dan kanak-kanak.
“Selain itu, perkhidmatan yang disediakan termasuk kecemasan dan trauma, X-ray, farmasi satelit, dewan bedah, pejabat dan kemudahan lain yang diperlukan oleh penduduk setempat.”
Di Klinik Kesihatan (KK) Luyang, beliau meninjau kawasan operasi dan keadaan kemudahan perkhidmatan kesihatan yang disediakan untuk penduduk sekitar, di mana didapati pelbagai isu memerlukan perhatian serius dan tindakan lanjut. Antaranya ialah mendapan tanah yang menyebabkan rekahan pada bangunan dan pagar klinik, rekahan pada bidur apron, retakan dan kebocoran pada bumbung rata, siling rosak akibat air menitik dari bumbung rata dan isu pendawaian elektrik.
Untuk rekod, Klinik Kesihatan Luyang adalah yang pertama di Sabah mengamalkan konsep “Pusat Sehenti” dan menerima kira-kira 800 pesakit setiap hari. Dr Zaliha kemudian melawat Klinik Kesihatan Kinarut yang beroperasi sejak 1979 dan dinaik taraf dengan bangunan baharu pada 2005 untuk menempatkan Unit Kesihatan Ibu dan Anak, manakala Unit Pesakit Luar, Unit Makmal dan Unit Farmasi dibina pada tahun-tahun berikutnya.
Dr Zaliha mengakhiri lawatan kerjanya di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), hospital kerajaan pertama di Malaysia yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan rawatan ginekologi dan pediatrik.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


