Naik taraf sistem, ePelesenan MPSepang ditutup lima hari mulai Isnin

16 May 2025 • 4:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Dewi Abdul Rahman

SHAH ALAM, 16 MEI: Sistem ePelesenan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akan ditutup sementara selama lima hari bermula 19 Mei depan.

MPSepang menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja penaiktarafan sistem berkenaan.

“Sepanjang tempoh penutupan, semua proses pelesenan secara atas talian tidak dapat dijalankan.

“Bagaimanapun, permohonan secara manual boleh dilakukan di Ibu Pejabat MPSepang dan pejabat-pejabat cawangan berdekatan,” katanya.

Menurut MPSepang lagi, operasi pelesenan berkenaan dijangka berfungsi seperti biasa pada 26 Mei.

“MPSepang memohon maaf atas sebarang kesulitan dan mengucapkan terima kasih atas kesabaran serta kerjasama semua pihak,” katanya.