
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2026, pada hari Isnin nanti, orang awam dapat menikmati pengangkutan air secara percuma di Putrajaya.
Jika anda merancang untuk membawa ahli keluarga atau bergerak bersama rakan-rakan untuk ke Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2026 bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan, Cruise Tasik Putrajaya menawarkan perkhidmatan pengangkutan air secara percuma kepada orang awam khas untuk sambutan Hari Kemerdekaan isnin ini.
Naik teksi air Putrajaya percuma
Menjengah ke laman Facebook Cruise Tasik Putrajaya, laman berkenaan memaklumkan perkhidmatan teksi air percuma yang disediakan bertujuan bagi memudahkan perjalanan orang awam di Putrajaya. Disamping itu, orang awam juga dapat menyaksikan kemeriahan sambutan hari kemerdekaan dari teksi air yang dinaiki sepanjang perjalanan dari tasik buatan terbesar Malaysia ini.

Jadi anda boleh merancang masa perjalanan dari awal dan gunakan khidmat pengangkutan air sedia ada bagi memudahkan urusan pergerakan pada 31 Ogos 2026 nanti.
Cruise Tasik Putrajaya akan menawarkan pengangkutan teksi air secara percuma bermula seawal 5.00 pagi sehingga 2.00 petang. Jom ikuti lokasi perkhidmatan teksi air dan jadual masa yang ditawarkan untuk orang awam:

Dari jeti Marina Putrajaya ke jeti Anjung Floria
- Tarikh : 31 Ogos 2026 (Isnin)
- Masa perkhidmatan percuma : dari 5.00 pagi sehingga 1.30 petang
Dari jeti Anjung Floria ke jeti Marina Putrajaya
- Tarikh : 31 Ogos 2026 (Isnin)
- Masa perkhidmatan percuma : dari 5.00 pagi sehingga 2.00 petang

Dari jeti Kelab Tasik Putrajaya ke jeti Monumen
- Tarikh : 31 Ogos 2026 (Isnin)
- Masa perkhidmatan percuma : 5.00 pagi sehingga 1.20 petang
Dari jeti Monumen ke jeti Kelab Tasik Putrajaya
- Masa : 31 Ogos 2026 (Isnin)
- Masa perkhidmatan percuma : 5.25 pagi sehingga 1.45 petang

Dari jeti Terra@8 ke jeti Monumen
Tarikh : 31 Ogos 2026 (Isnin)
Masa perkhidmatan percuma :
- B1 (5.00 pagi sehingga 1.30 petang)
- B2 (5.05 pagi sehingga 1.35 petang)
- B3 (5.10 pagi sehingga 1.40 petang)
- B4 (5.15 pagi sehingga 1.45 pagi)
- B5 (5.20 pagi sehingga 1.50 petang)
- B6 (5.25 pagi sehingga 1.55 petang)
Dari jeti Monumen ke jeti Terra@8
Tarikh : 31 Ogos 2026 (Isnin)
Masa perkhidmatan percuma :
- B1 (5.05 pagi sehingga 1.35 petang)
- B2 (5.10 pagi sehingga 1.40 petang)
- B3 (5.15 pagi sehingga 1.45 petang)
- B4 (5.20 pagi sehingga 1.50 pagi)
- B5 (5.25 pagi sehingga 1.55 petang)
- B6 (5.30 pagi sehingga 2.00 petang)
Patuhi peraturan dan etika
Sepanjang pergerakan menggunakan pengangkutan teksi air orang awam dinasihati agar mematuhi arahan dan etika, melihat hantaran yang dikongsikan pihak Cruise Tasik Putrajaya di laman Facebook. Pihaknya mengatakan agar orang awam dapat mematuhi tujuh etika yang dikongsikan sepanjang menaiki teksi air sempena menyambut Hari Kebangsaan nanti.

Antara peraturan dan etika yang dinyatakan:-
- Beratur dan ikuti arahan : penumpang perlu beratur dengan tertib dan ikuti arahan petugas jeti
- Jaket keselamatan : semua penumpang wajib memakai jaket keselamatan yang disediakan semasa menaiki teksi air
- Keselamatan atas bot : penumpang perlu kekal di tempat duduk dan ikuti arahan petugas sepanjang perjalanan
- Kanak-kanak : kanak-kanak berumur 3 tahun dan kebawah digalakkan menaiki Cruise dari jeti Marina Putrajaya atau jeti Kelab Tasik Putrajaya demi keselamatan dan keselesaan
- Penggunaan kerusi roda : pengguna kerusi roda boleh menaiki Cruise dari jeti Marina Putrajaya sahaja
- Barangan dan peralatan : stroller kanak-kanak, basikal dan peralatan besar atau seumpamanya tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam teksi air dan Cruise
- Jaga kebersihan : penumpang tidak dibenarkan membuang sampah ke tasik
Jadi rancang masa dan laluan perjalanan anda, bagi yang ingin ke Dataran Putrajaya dengan menggunakan pengangkutan awam. Manakala jika anda bergerak menggunakan kenderaan sendiri, jangan lupa semak laluan alternatif di sekitar Putrajaya bagi memudahkan anda sekeluarga dan rakan-rakan meraikan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2026 nanti!






