‘Naikkan caj klinik & hospital kerajaan, had bersalin 3 anak’

LocalHealth & Fitness
3 Jul 2025 • 10:30 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Kos rawatan kesihatan di klinik dan hospital kerajaan di Malaysia secara umumnya ditanggung sebahagian besar oleh kerajaan, termasuk konsultasi, ubat-ubatan, prosedur dan ujian asas. Malah, bagi rawatan tertentu seperti kes kecemasan atau kelahiran, perkhidmatan diberikan secara percuma atau dengan caj minimum.

Namun, melihat kepada tahap kesedaran kesihatan yang masih rendah dalam kalangan masyarakat, seorang wanita mencadangkan agar caj rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan dinaikkan sebagai langkah mendisiplinkan rakyat menjaga kesihatan.

Bagaimanapun cadangan tersebut telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Menerusi satu hantaran yang tular di media sosial, wanita berkenaan berpendapat bahawa sudah tiba masanya caj perkhidmatan kesihatan kerajaan dikaji semula agar tidak lagi terlalu murah sehingga disalahgunakan oleh sesetengah pihak.

“Dah sampai masa charge ke klinik kerajaan dan hospital kerajaan dinaikkan, barulah ada kesedaran untuk jaga kesihatan,” tulisnya.

Wanita itu turut mencadangkan agar perkhidmatan bersalin percuma di hospital kerajaan hanya dihadkan kepada tiga kelahiran pertama sahaja. Menurutnya, mereka yang mempunyai lebih daripada tiga anak sepatutnya dikenakan caj sebanyak RM1,000 sebagai langkah pencegahan.

“Kalau bersalin tu hadkan free utk 3 kelahiran je. Lebih daripada tu, bayar RM1,000. Barulah asnaf-asnaf ni takut nak beranak ramai, harapkan bantuan je untuk hidup,” katanya lagi.

Kenyataan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi, ada yang bersetuju atas dasar ekonomi dan tanggungjawab keluarga serta kesesakan di hospital, namun ramai juga yang mengecam kenyataan itu sebagai tidak rasional dan meminggirkan golongan berpendapatan rendah.