Najib dijadual jalani prosedur buang plak berhampiran salur darah : Rosmah

LocalHealth & Fitness
19 Jul 2026 • 1:04 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Najib dijadual jalani prosedur buang plak berhampiran salur darah : Rosmah

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijadualkan menjalani satu prosedur perubatan bagi membuang plak yang terletak berhampiran salur darah, kata isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi, Rosmah turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menghubungi, bertanya khabar dan menitipkan doa serta kata-kata semangat untuk suaminya.

“Beliau dijadualkan menjalani satu prosedur perubatan bagi membuang plak yang terdapat berhampiran saluran darah.

“Saya amat menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh sahabat-handai, rakan-rakan serta para penyokong beliau,’’ katanya.

Menurut Rosmah, dalam saat ini, beliau memohon agar semua pihak terus mendoakan semoga segala urusan dan prosedur yang bakal dijalani Najib akan dipermudahkan, berjalan dengan lancar serta dikurniakan kesihatan dan kekuatan.

Media sebelum ini melaporkan Najib akan menjalani satu prosedur jantung di Hospital Serdang dan perkara itu disahkan oleh pegawai khasnya, Ahmad Lutfi Azhar.

Najib, 72, kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam tahun selepas disabitkan bersalah dalam kes melibatkan SRC International Sdn. Bhd. Tempoh hukumannya dijadualkan berakhir pada 23 Ogos 2028.

Beliau juga dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas disabitkan kesalahan atas pertuduhan menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hukuman penjara itu akan bermula selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara semasa.

Najib telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman dalam kes 1MDB tersebut. - 19 Julai, 2026

The post Najib dijadual jalani prosedur buang plak berhampiran salur darah : Rosmah appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved