Najib keluar dari Langgak Duta solat Jumaat di Kajang

LocalPolitics
13 Nov 2026 • 12:03 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Najib keluar dari Langgak Duta solat Jumaat di Kajang

KUALA LUMPUR: Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilihat keluar dari kediamannya di Langgak Duta di sini, pagi tadi.

Najib dilihat menaiki sebuah kenderaan jenis Proton X70 dengan diiringi kenderaan Jabatan Penjara Malaysia serta polis.

Kesemua kenderaan berkenaan dilihat meninggalkan kediaman beliau kira-kira pukul 10.30 pagi.

Utusan Malaysia difahamkan, kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Penjara Kajang bagi membolehkan Najib menunaikan solat Jumaat di sana.

Tinjauaun Utusan Malaysia di lokasi mendapati tiada pergerakan keluar masuk individu termasuk ahli keluarga.

Pada masa sama, jiran-jiran di kawasan sekitar dilihat meneruskan aktiviti dan pergerakan rutin seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

Kehadiran petugas media di lokasi juga didapati tidak seramai sebelum ini apabila hanya kira-kira dua pengamal media dilihat berada di kawasan berkenaan.

Semalam, anak Najib, Datuk Mohd. Nazifuddin memaklumkan bapanya akan menunaikan solat Jumaat di Penjara Kajang mengikut prosedur yang ditetapkan pihak penjara.

Urusan berkenaan merupakan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi. – UTUSAN

The post Najib keluar dari Langgak Duta solat Jumaat di Kajang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved