Najib Keluar Dari Langgak Duta, Tunai Solat Jumaat Di Penjara Kajang

LocalPolitics
13 Nov 2026 • 2:50 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Najib Keluar Dari Langgak Duta, Tunai Solat Jumaat Di Penjara Kajang

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilaporkan meninggalkan kediamannya di Langgak Duta, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi tadi dengan menaiki kenderaan Proton X70, diiringi kenderaan Jabatan Penjara Malaysia dan polis.

Menurut laporan media, konvoi berkenaan dipercayai menuju ke Penjara Kajang bagi membolehkan beliau menunaikan solat Jumaat di penjara itu.

Tinjauan di kediaman berkenaan mendapati tiada pergerakan keluar masuk penghuni, termasuk ahli keluarga.

Aktiviti harian penduduk di kawasan kejiranan sekitar juga berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

Kehadiran petugas media di lokasi turut dilihat agak lengang, dengan hanya kira-kira dua wartawan berada di kawasan berkenaan.

Semalam, anak Najib, Datuk Mohd Nazifuddin memaklumkan, bapanya akan menunaikan solat Jumaat di Penjara Kajang mengikut prosedur yang ditetapkan pihak penjara.

Beliau berkata, aturan berkenaan merupakan sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi. - Getaran, 13 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved