
Najib Masih Ahli Parlimen Pekan – Speaker Dewan Rakyat
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi Ahli Parlimen Pekan, lapor Bernama.
Menurutnya, kehilangan kelayakan bagi jawatan itu hanya akan dimuktamadkan selepas petisyen pengampunan selesai.
Terdahulu, Najib telah dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta selepas panel lima hakim Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan tersebut bagi kesalahan menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan bekas perdana menteri itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.
Maklumat lanjut menyusul
Najib masih Ahli Parlimen Pekan, kehilangan kelayakan hanya dimuktamadkan selepas petisyen pengampunan selesai – Speaker Dewan Rakyat pic.twitter.com/OuQJbBey4n
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 5, 2022
Sumber: Bernama
The post Najib Masih Ahli Parlimen Pekan – Speaker Dewan Rakyat appeared first on Siakap Keli.
