Najib muncul selepas seminggu dapat pengampunan bersyarat

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 9:52 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Najib muncul selepas seminggu dapat pengampunan bersyarat

KUALA LUMPUR: Buat kali pertama selepas mendapat pengampunan bersyarat minggu lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa ke Kompleks Mahkamah di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu tiba dari Penjara Kajang sekitar pukul 8.30 pagi dengan mengenakan sut kelabu muda dan kemeja putih, tiba dengan dikawal ketat pihak penjara.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendengar permohonan bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion berkait kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berdasarkan semakan laman web kehakiman, permohonan bekas Perdana Menteri itu didengar di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin.

Media sedang menantikan ketibaan pasukan peguam Najib di pekarangan kompleks mahkamah di sini, berhubung sebarang makluman terkini mengenai tahanan rumah. – UTUSAN

The post Najib muncul selepas seminggu dapat pengampunan bersyarat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved