Najib Razak Dilapor Dapat Pengampunan?

Politics
30 Jan 2024 • 3:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa dapat pengampunan oleh Lembaga Pengampunan, semalam.

Menurut laporan Utusan Malaysia, perkara itu dimaklumkan oleh sumber selepas dihubungi oleh media tersebut, hari ini.

Ujar sumber, Najib Razak telah diberi pengampunan namun, kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut masih belum dikeluarkan lagi.

Najib Razak dapat pengampunan?

image is not available

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa memberitahu Lembaga Pengampunan akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai pembebasan Najib.

Jelasnya lagi, mesyuarat itu diadakan di Istana Negara namun bila kenyataan rasmi itu akan dikeluarkan masih menjadi rahsia.

image is not available

Semalam, Lembaga Pengampunan telah mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan difahamkan salah satu agenda mesyuarat adalah mengenai pembebasan Najib.

Bagaimanapun, Zaliha berkata agenda dalam mesyuarat tersebut tidak boleh dimaklumkan secara terperinci memandangkan ia adalah maklumat sulit.

Umum sedia maklum bahawa bekas pemimpin yang berusia 69 tahun itu kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang susulan kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC International berjumlah RM42 juta tersebut.

Selain itu, beliau juga sedang dibicarakan untuk pertuduhan lain berkaitan skandal 1MDB.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi memberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak terima US$681 juta daripada Tanore Finance Corporation disyaki wang rasuah yang digunakan oleh bekas Perdana Menteri itu untuk membeli undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sumber: Utusan Malaysia (Aslinda Nasir)