Najib Razak Masih Di Penjara Kajang Sebab Denda RM50 Juta Belum Dibayar

LocalPolitics
20 Sep 2026 • 1:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum dapat meninggalkan Penjara Kajang walaupun mendapat pengampunan bersyarat untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah.

Ini kerana pelaksanaan tahanan rumah itu masih bergantung kepada beberapa syarat yang perlu dipenuhi, termasuk pembayaran denda RM50 juta kepada mahkamah.

Denda RM50 juta jadi syarat utama sebelum keluar

najib razak

Tetuan Shafee & Co yang mewakili Najib memaklumkan, beliau akan terus berada di Penjara Kajang selagi denda tersebut belum dijelaskan.

Sementara itu, dan sehingga denda tersebut dibayar kepada mahkamah, anak guam kami kekal berada di dalam Penjara Kajang.- Menurut firma guaman itu.

Pasukan peguam Najib kini sedang meneliti syarat yang ditetapkan termasuk implikasi praktikal serta pilihan yang boleh diambil bagi memenuhi pembayaran tersebut.

Aset masih tertakluk pembekuan

najib razak

Bagaimanapun, firma guaman itu menjelaskan sebahagian besar aset, akaun bank dan hartanah Najib masih tertakluk kepada perintah pembekuan serta tindakan penguatkuasaan kerajaan.

Keadaan itu menyebabkan pelupusan aset berkenaan tidak sepenuhnya berada dalam kawalannya, sekali gus memberi kesan kepada keupayaannya untuk menyediakan bayaran RM50 juta tersebut.

The post Najib Razak Masih Di Penjara Kajang Sebab Denda RM50 Juta Belum Dibayar appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved