Najib Razak Sambung Belajar Dalam Penjara – Menteri Dalam Negeri

Politics
8 Mar 2023 • 11:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution ada kongsikan perkembangan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak di penjara pada ketika ini.

Memetik laporan BFM News, beliau menjelaskan bahawa Najib Razak kini sedang melanjutkan pelajaran di dalam penjara.

image is not available

Umum mengetahui bahawa Najib Razak kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun. Oleh sebab itu, Saifuddin menegaskan bahawa Najib Razak tidak mempunyai sebarang akses gajet.

“Ambil terus daripada saya, sebagai sumber yang paling legitimate and authoritative, dia tidak ada akses kepada sebarang gajet.”

image is not available

Katanya kepada Sin Chew Daily lagi, akaun media sosial Najib Razak kini dikendalikan oleh team social media di bawah naungannya.

“Bukan sesuatu yang pelik sekarang. Mereka ada password, username.”

Saifuddin turut menegaskan bahawa tiada sebarang undang-undang yang boleh menghalang Najib Razak daripada memberikan pendapatnya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved