Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak (DSN) dikatakan memperoleh sejumlah wang melebihi sejuta ringgit Malaysia pada tahun 2011 hasil daripada faedah yang diterima melalui akaun peribadi di AmBank.
Menurut infografik yang dikongsikan oleh The Malaysian Insight di Twitter baru-baru ini menunjukkan bahawa jumlah ‘interest’ yang diterima oleh mantan Perdana Menteri berkenaan meningkat setiap bulan, bermula pada Februari 2011 dengan RM5,214 hingga Disember 2011 kepada RM308,621.92.
“Najib Razak menjana lebih daripada satu juta Ringgit sebagai pendapatan faedah daripada AmBank untuk dana dalam akaun bank peribadinya”

Perkara tersebut didedahkan ketika sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan disahkan oleh Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan,R. Uma Devi, semasa memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib Razak generated more than a million ringgit as interest earnings from AmBank for funds in his personal bank account, the Kuala Lumpur High Court heard today. #1mdb pic.twitter.com/rxVkG6KwIx
— The Malaysian Insight (@msianinsight) September 12, 2022
Tambahnya, kesemua bayaran faedah berkenaan dimasukkan ke akaun peribadi DSN yang berakhir dengan nombor ‘694’ yang dibuka pada 13 Januari 2011 sebelum ditutup pada 30 Ogos 2013.
Melalui akaun peribadi di AmBank tersebut, Datuk Seri Najib telah menerima faedah berjumlah RM1,253,924.80 dalam masa kurang daripada setahun!

Terdahulu, Uma Devi telah memberi keterangan bahawa berdasarkan penyata akaun Najib, sejumlah RM60.63 juta telah dipindahkan ke akaunnya melalui dua transaksi berasingan pada 2011, berjumlah RM30,449,929.97 pada 24 Feb dan RM30,179,909.46 pada 14 Jun 2011 .
Selain daripada akaun yang berakhir dengan ‘694’ ini, Najib telah membuka empat lagi akaun AmBank antara Januari 2011 dan Julai 2013. Akaun ini kemudiannya ditutup antara Ogos 2013 dan Mac 2015.
Kredit : The Malaysian Insight

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

