Najwa Latif timang anak sulung tepat anniversary ketiga .' '11. 11 jadi lebih bermakna'

EntertainmentFamily & Parenting
12 Nov 2025 • 4:21 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Najwa Latif selamat menimang anak sulungnya pada Selasa.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya, penyanyi rap Akwa Arifin di laman sosial.

Allahumma barik. Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, Najwa dan saya  ingin berkongsi khabar gembira bahawa kami telah dikurniakan cahaya mata pada 11.11.2025. 

"Tarikh ini menjadi lebih bermakna kerana ia juga ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga.

"Mohon doa yang baik-baik daripada semua dan semoga segala doa indah kalian titipkan untuk kami dikembalikan dengan ganjaran yang lebih besar, insya-ALLAH.

"Tahap sebagai ibu bapa akhirnya berjaya dicapai!" titipnya.

Sementara itu, Najwa menerusi Insta Story berkongsi kapsyen comel tentang anak mereka.

"Free shipping paling mahal. Alhamdulillah, Allahumma barik," tulisnya.

Terdahulu, pelantun lagu Cinta Muka Buku itupernah mengalami keguguran pada November 2024 ketika kandungan mencecah usia lima minggu. 

Sekadar info, Najwa sah bergelar isteri kepada Akwa pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.