Nak Anak Kekal Sihat? 20 Tips Pemakanan Sihat & Simple Untuk Si Manja Anda!

Family & Parenting
30 Nov 2022 • 2:23 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Semua ibu bapa mesti inginkan anak mereka membesar dengan sihat dan cergas kan? Lebih-lebih lagi anak yang berusia 12 hingga 24 bulan akan melalui masa peralihan, iaitu mereka belajar makan di meja makan serta menerima rasa dan tekstur makanan yang baru.

Berikut 20 tips pemakanan mudah, yang anda boleh praktikkan:

1. Pisang

image is not availablePisang bagus untuk otak anak. Pisang ada potasium, manganase, vitamin C dan fiber. Ini semua bantu tingkatkan memori dan lajukan otak anak. Cari pisang setiap minggu untuk anak makan.

2. Nasi Goreng

image is not availableAntara breakfast padat nutrisi untuk anak. Nasi, minyak sapi, ayam dan sayur campur. Makan dengan anggur 5 biji. Complete makan pagi anak untuk tenaga dan otak. Mudah je kan.

3. Bihun Singapore

image is not availableAntara breakfast mudah nak buat untuk anak. Tumis bawang putih dan lada hitam, tambah daging. Masuk kobis dan brokoli, sekali dengan bihun. Makan dengan mangga 3 potong.

4. Sup ayam

image is not availableSup sesuai ketika anak anda tak sihat. Ayam, carrot, minyak kelapa. Boleh tambah keledek pengganti kentang tau. Manis sup lain dari biasa. Sumber karbo pun dah dapat. Anak taknak nasi pun takpa. Masih cukup lengkap semua keperluan nutrisi anak.

5. Nasi putih, ikan goreng, kobis masak lemak, epal.

image is not availableCukup satu hidangan lengkap but anak. Nak masak sihat tak susah, cuma sedikit usaha lebih ibu ayah kena but. Kita cuba sama-sama ya.

6. Betik

image is not availableKorang jangan lupa kenalkan betik dengan anak-anak tau. Tinggi vitamin A dan C bagus untuk mata dan imuniti anak. Baby 6 bulan pun boleh makan. Lenyek je dengan sudu dan suap anak. Kita cuba k.

7. Jus Buah

image is not available5 jus buah bagus untuk otak anak. Jus delima, jus berries, jus avokado, jus alovera, jus beetroot. Cari buah dan blend sendiri di rumah. Bagi anak minum sekali dengan serat.

8. Elak Air Kotak

Air kotak tinggi pewarna dan perasa bukan minuman anak-anak. Kita ibu ayah yang tahu pasal ni, elak sediakan air kotak sebagai minuman harian anak. Kita cuba ya.

9. Keledek

image is not availableKeledek bagus untuk otak tau. Keledek ada carotenoid dan antocyanin. Penting untuk anak fokus dan cepat ingat apa yang diajar. Breakfast dengan keledek pun bagus. Ajak anak makan keledek k.

10. Buah sebagai snek

image is not availableAjar anak untuk cari buah bila lapar. Ini lebih baik dari biskut dan roti. Macam mana nak buat? Sediakan selalu buah di rumah dan elakkan beli stok biskut dan roti. Kita cuba ya.

11. Air kembang semangkuk

image is not availableBagus bila anak tak sihat. Ada kandungan bassorin, bantu untuk kurangkan radang pada sel badan anak. Ambil sebiji, rendam dalam 1 jug air. Bagi anak minum sekerap yang boleh. Cuba tau.

12. Daging cincang, telur, cendawan.

Kacau 3 bahan ni, masak atas pan. Boleh makan macam tu je terus. Mudah je nak but breakfast sihat padat dengan nutrisi untuk anak kan. Cuba tau.

13. Tembikai susu

image is not availableBagus bagus untuk anak. Lutein dan zeaxanthin baik untuk mata. Folate, vitamin K dan magnesium bagus untuk tulang anak. Kita pelbagaikan buah untuk anak tau, selitkan tembikai susu sesekali.

14. Coklat

image is not availableBagus untuk otak anak. Tinggi magnesium dan antioksida. Dua unsur penting untuk kesihatan otak. Cari coklat asli, dan bukan coklat yang tinggi proses dan kaya gula. Mana nak jumpa? Kita belajar baca label sama-sama ya.

15. Sayur

image is not availableDalam seminggu, wajib ada sayur daun hijau untuk anak-anak. Sawi, bayam, kailan, kangkung. Pilih je mana-mana. Tinggi antioksida dan serat. Ajar anak dari kecil, sayur macam ni tawar dan pahit, anak mudah untuk reject kalau kita lambat kenalkan.

16. Riadah di luar

image is not availableAjak anak main di luar rumah 15 minit setiap hari. Boleh bantu mood anak lebih happy dan anak lebih fokus bila belajar. Cuba but setiap hari tau.

17. Lengkuas

image is not availableSebagai immune booster untuk anak. Dalam lengkuas ada antioksida galangil dan alpine. Boleh try buat menu ada lengkuas bila anak tak sihat tau. Kuatkan imuniti anak.

18. Elak Makanan Manis

Elakkan bagi anak makan manis bila sakit tekak. Makanan sejuk, boleh sejukkan tekak anak, boleh kurangkan sakit tekak. Tapi makanan manis, tambahkan lagi radang pada tekak anak. Kita cuba ya.

19. Kunyit

image is not available

Antara makanan yang kena ada di rumah. Superfood antiradang, antibakteria dan antifungal. Bagus jugak untuk otak dan stabilkan mood anak. Bila anak tak sihat, banyakkan makanan yang ada kunyit k.

20. Epal. Oren. Delima. Almond. Ikan. Halia. Kunyit. Bayam. Carrot.

Antara makanan yang baik untuk anak asthma. Bantu untuk kurangkan radang paru-paru anak. Tapi, makanan ultra proses paling utama kena elakkan dulu. Kita cuba ya.

Sumber: Dr. Mazliana Mazlan (Facebook)