Pelbagai Perisa Menarik, Nikmati Cendol Dan Rojak Di Mamamia Ice & Rojak Di Miri

24 Nov 2022 • 7:54 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sesuai untuk mereka yang ingin menikmati dessert!

Pelbagai Perisa Menarik, Nikmati Cendol Dan Rojak Di Mamamia Ice & Rojak Di Miri. Sekiranya anda berada di Miri dan ingin mencari tempat makan yang menyajikan pencuci mulut, anda harus ke Mamamia Ice & Rojak!

Menghidangkan cendol yang berpelbagaian perisa menarik, anda boleh juga menikmati makanan ringan lain seperti muachi dan rojak.

image is not available
Pelbagai Perisa Menarik, Nikmati Cendol Dan Rojak Di Mamamia Ice & Rojak Di Miri

Terkenal dengan Cendol Durian dan pelbagai lagi

Antara cendol menarik yang dihidangkan di Mamamia Ice & Rojak adalah cendol durian, cendol durian belanda, cendol sarsi cincau, kacang hijau special, cendol durian kacang dan pelbagai lagi.

Selain pencuci mulut, makanan ringan lain yang dihidangkan di tempat makan ini adalah rojak dan rojak goreng campur.

image is not available
Muachi. Kredit: FB Mamamia Ice & Rojak

image is not available
Goreng campur. Kredit: FB Mamamia Ice & Rojak

image is not available
Rojak. Kredit: FB Mamamia Ice & Rojak

Sekiranya anda berminat untuk pergi ke tempat makan ini, berikut adalah maklumat waktu operasi dan lokasi mereka:

Lokasi: Pusat Bandar Shophouse G/FL 6096m Jalan Desa Pujut, Bandar Baru Permyjaya, Miri
Waktu operasi: Buka setiap hari, 1:00PM – 6:00PM
Laman Facebook: Mamamia Ice & Rojak