Sekarang ni sebut je nama Khairul Aming mesti ramai yang kenal kan? Bukan sahaja dikenali oleh orang-orang yang sebayanya malah hampir semua lapisan masyarakatlah kenal.
Kejayaan Khairul Aming yang berjaya mencetuskan fenomena dengan video memasaknya ini bukanlah mudah. Baru-baru ini sempena hari jadinya yang ke-30, influencer ini telah memuat naik video menceritakan jatuh bangunnya sehingga berjaya memiliki dua kilang hari ini.
Today is my 30th birthday. finally dah masuk 3-series
I buat video ni untuk compile my life journey dari umur 20 ke umur 30. Sepuluh tahun yang penuh dgn macam-macam memori. Thanks to everyone for being part of the journey
pic.twitter.com/spumbo7SyQ
— Khairulaming (@khairulaming) September 25, 2022
Namun begitu, disebalik kejayaan Khairul Aming yang mendapat pujian ramai ini, ada juga sesetengah individu yang cuba untuk jatuhkannya.
Macam semalam, seorang individu telah mendakwa bahawa Khairul Aming merupakan berhala yang disembah oleh orang ramai.

Bukan itu sahaja, individu ini turut mengatakan bahawa Khairul Aming juga adalah seorang freemason.

Dakwaan tidak masuk akal lelaki ini jelasnya telah membuatkan ramai orang marah dan tak puas hati sehinggakan ramai yang mengatakan dia hanya mahukan perhatian serta cemburu dengan kejayaan yang dikecapi oleh Khairul Aming.

Menjawab kritikan dari orang ramai, individu tersebut mengatakan bahawa dia sedikit pun tidak terkesan dengan apa yang dikatakan.

Biasalah, bila dah berjaya mesti akan ada punya orang yang akan mengkritik. Harapnya Khairul Aming tak terkesan dengan perkara ini dan teruskan kehidupan seperti biasa.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


![[VIDEO] 10 Tahun Kisah Jatuh Bangun Khairul Aming Dikompilasikan Dalam Video Birthday 30 Tahun](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)
