“Nak bagi hantaran ke bantuan?” -Seloroh Bella Astillah tentang pemberian Syed Saddiq

LocalFamily & Parenting
19 Apr 2026 • 12:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti terkenal, Bella Astillah di dalam satu forum sempat berseloroh mengenai pemberian tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sewaktu majlis pertunangan mereka tempoh hari.

Kongsi hantaran diterima

Mana tidaknya, hantaran diberikan Ahli Parlimen Muar itu sangat menarik perhatian memandangkan ia jarang dilakukan.

Menerusi perkongsian Azlin LunaStella di TikTok, Bella berkongsi momen sewaktu berbincang mengenai pemberian hantaran bersama tunang sebelum majlis berlangsung.

@azlinstella11

Q1 - AIA bawa Azizul Hasni, Q2 Bella Astillah pula menjadi pembakar semangat motivasi buat bakal associates @LunaStella Group Malaysia #joinus #juara #kerjaya #takaful #bella

♬ original sound - Azlin LunaStella - Azlin LunaStella

Terkejut dengan pemberian Syed Saddiq

Penyanyi tersebut mengakui sedikit terkejut apabila Syed Saddiq mahu memberikan Tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada kedua anak-anaknya iaitu Mohamad Ayden Adrean, Ara Adreanna.

Manakala, dia turut menerima Akaun Simpanan Tabung Haji, dan Simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta sebentuk cincin.

image is not available

Bantuan untuk ibu tunggal?

Seloroh Bella, dia sempat terfikir pemberian hantaran tersebut untuk pertunangan mereka atau bantuan kepadanya sebagai seorang ibu tunggal.

“Ini nak bagi hantaran ke bagi bantuan? Bantuan ibu tunggal ke apa kan?
“Saya pun rakyat juga, mungkin dia (Syed Saddiq)  prihatin dekat saya yang mempunyai dua orang anak,” guraunya.

Dalam forum tersebut, anak kelahiran Sabah itu menyatakan bahawa dia sama seperti ibu-ibu diluar sana yang sangat mengambil berat tentang masa depan anak-anak.

Jadi, kerja keras yang dilakukan hari ini bukan untuk bersuka ria tetapi untuk simpanan masa depan serta pendidikan anak-anaknya nanti.

image is not available

‘Bantuan’ yang sangat berguna

Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet di media sosial.

Rata-rata terhibur dengan celoteh Bella Astillah mengenai pemberian hantaran pertunangannya dan dalam pada masa yang sama kagum dengan selebriti terbabit kerana menjadi seorang ibu, anak dan wanita yang cukup kuat demi keluarga.

image is not available

YB berpandangan jauh

image is not available

Public speaking Bella cukup baik

image is not available

 

Sekadar info, Bella Astillah dan Syed Saddiq telah mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026 selepas hubungan mereka menjadi bualan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Hantaran yang diberikan ahli parlimen terbabit kepada Bella cukup menarik dengan tema ‘masa depan’.

Sumber: TikTok Azlin LunaStella

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved