Nak Balik Kampung? Anda Disaran Guna MYplusTTA

LocalTravel
25 Mar 2025 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengguna lebuh raya PLUS disarankan untuk menggunakan platform digital MYPlusTTA ketika pulang ke kampung sempena musim perayaan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasi Plus, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, berkata platform itu dibangunkan untuk mengatur perjalanan trafik, terutama ketika musim perayaan, berdasarkan data daripada sambutan Raya tahun sebelumnya.

"Menerusi MYPlusTTA, pengguna lebuh raya boleh memilih tarikh dan masa perjalanan mereka, sama ada untuk pulang ke kampung atau kembali ke ibu kota.

image is not available

"Dengan mendaftar dan mengikuti rancangan ini, pengguna bukan sahaja akan mendapat pilihan waktu perjalanan terbaik dengan kurang kesesakan, malah menerima maklumat masa nyata mengenai sebarang insiden di lebuh raya seperti kemalangan atau kenderaan rosak," katanya.

image is not availableimage is not available

Malah, Plus turut menjangkakan jumlah trafik melebihi 2.2 juta kenderaan sehari sepanjang musim perayaan dan atas dasar itu, beberapa inisiatif diambil bagi menguruskan kesesakan di plaza tol serta laluan utama.

"Salah satu usaha paling penting adalah mengaktifkan Smartlane di 28 lokasi sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

"Dengan Smartlane, kami menjangkakan kapasiti jalan akan meningkat, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan dan memendekkan masa perjalanan," katanya.