Nak Bayar Deposit Rumah, Gadis Terjerat Hutang Lebih RM30K Sebab Pinjam 16 Ah Long

Entertainment
12 Jan 2024 • 5:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun sudah berkali-kali didedahkan mengenai keburukan meminjam Ah Long, tapi ramai yang masih tidak serik dengan pinjaman haram itu kerana didakwa ia lebih mudah dan cepat.

Kemudian, mereka akan menyesal apabila berhadapan masalah untuk membayar semula pinjaman tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.

Seperti kisah seorang gadis berusia 24 tahun ini, dia kini terbeban dengan hutang sehingga lebih RM30,000 gara-gara pinjaman Ah Long kerana mahu membayar deposit sewa rumah.

Menerusi perkongsian video Satria PPIM, seorang gadis yang tidak didedahkan identitinya membuat pinjaman bukan sahaja dengan satu Ah Long tetapi 16 Ah Long! Macam mana tu?

“Mula bulan Mac tahun lepas sebab nak pindah rumah, perlukan deposit, sebab tu saya pinjam. Ada yang saya chat sendiri, ada juga daripada Facebook, saya mohon kat sana.

“Sebab saya ingat mereka ada lesen. Lepas tu saya tak boleh nak bayar sebab kena bayar mingguan, bukan bulanan.

“Jadi saya pinjam dengan Ah Long lain untuk cover yang sebelum itu. Pinjam yang ini cover yang itu, sampai saya pinjam 16 orang Ah Long sampai RM32,000,” katanya.

Disebabkan itu, dia terpaksa menanggung hutang tersebut gara-gara faedah yang terus meningkat dari hari ke hari.

Dalam video itu, turut dipaparkan mangsa sedang menangis sambil meminta tolong daripada ibunya selepas dia terjerat dengan hutang Ah Long.

Semoga menjadi iktibar untuk kita semua…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article