‘Nak berkawan biar atas rasa hormat’ bukan label orang lain kurang Islam dari kita

LocalPolitics
9 Aug 2026 • 1:48 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Nak berkawan biar atas rasa hormat’ bukan label orang lain kurang Islam dari kita

ARAU: Pemuda UMNO Bahagian Arau tidak kisah untuk berkawan dengan mana-mana pihak namun biarlah kerjasama itu atas rasa hormat.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Ahmad Nazrin Abdul Aziz berkata, tidak ada masalah untuk berkawan demi kepentingan rakyat dan sayap parti itu sentiasa terbuka.

“Kalau kawan, biar kawan atas rasa hormat. Jangan pula kononnya kita parti memperjuangkan Islam tetapi melabel orang lain kurang Islam daripada kita,” katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Arau di Dewan Sivik di sini malam tadi.

Perasmian disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abd. Rahman.

Sementara itu, Ahmad Nazrin berkata, kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan merupakan isyarat rakyat mahukan kestabilan dan kepemimpinan pentadbiran matang, bukan sekadar berjanji.

Katanya, rakyat semakin sedar kepemimpinan pentadbiran yang matang sudah menjadi keperluan demi kesejahteraan mereka.

Beliau berkata, dalam konteks Perlis, momentum untuk kembali menawan negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) semakin meningkat namun semua perlu bekerja lebih keras.

“Dua kemenangan besar di Johor dan Negeri Sembilan menjadi petunjuk bahasa rakyat menilai dari dekat dan menghargai pemimpin yang sentiasa ada dengan mereka bukannya muncul pada musim pilihan raya semata-mata,” katanya.-UTUSAN

The post ‘Nak berkawan biar atas rasa hormat’ bukan label orang lain kurang Islam dari kita appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved