
Setiap yang hidup di dunia ini pasti akan mati dan ia merupakan fasa terakhir dalam kehidupan seseorang.
Bagi kebanyakan individu, kematian dianggap sebagai perkara yang menakutkan apatah lagi ia tidak dapat dijangka dan merupakan rahsia Allah SWT.
Namun, ada segelintir orang yang seakan telah bersedia dengan memperbanyakkan amalan dan sentiasa mendekatkan diri dengan tuhan.
Lelaki Tidur Dalam Keranda, Siap Pasang Talkin
Lain pula dengan seorang individu ini apabila cara dia bersedia menghadapi kematian adalah dengan tidur dalam keranda van jenazah.
Menerusi video yang dikongsikan di Facebook Muhammad Anuar, seorang lelaki ditemui sedang tidur dalam keranda yang terletak di sebuah van jenazah oleh beberapa orang individu.
Melalui perkongsian tersebut, lelaki berkenaan menjelaskan dia mahu berlatih sebagai persediaan menghadapi kematian selepas disoal motifnya berbuat demikian.
“Nak berlatih je, nak berlatih siap-siap. Nanti mati esok tak takut sangat,” jawabnya ketika ditanya oleh individu mengapa dia berbuat demikian.
Malah, apa yang menjadi perhatian adalah lelaki berkenaan siap memasang talkin ketika ‘latihan’ itu dibuat.
Namun, orang ramai yang menjumpainya segera meminta dia agar keluar daripada keranda tersebut.
Mereka turut menasihati lelaki berkenaan bahawa bukan dengan cara itu menghadapi kematian sebaliknya dengan menunaikan tanggungjawab dan ibadah kepada Allah SWT.
Lelaki berkenaan kemudiannya akur dan keluar daripada keranda tersebut selepas diminta oleh orang ramai.
Namun, kedengaran dia berulang kali mengatakan itu sebagai latihan untuknya menghadapi kematian.
“Saja nak try tengok. Esok mati kita akan buat macam ni la, baik saya practise (berlatih) siap-siap. Orang kata apa, buat latihan,” katanya lagi.
masjid tiak baling..tido dalam keranda van jenazah..kawan2 sapdia ni nak belajaq
Posted by Muhammad Anuar on Sunday 27 October 2024
Rupanya Dah Pergi Banyak Masjid
Jelas lelaki itu lagi, dia rupanya telah pergi ke banyak masjid sekitar Baling, Kedah bagi melakukan perbuatan itu.
“Saya pergi hari tu, Masjid Mengkuang saya masuk dah, Masjid Sallehuddin saya masuk dah, apa lagi eh masjid saya masuk, banyak masjid dah,” katanya.
Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di Masjid Tiak, Baling, Kedah.
Tindakan Lelaki Undang Pelbagai Reaksi
Perkongsian itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri apabila melihat video tersebut.
Ada yang terhibur namun ada yang merasakan lelaki tersebut tidak sihat. Tidak kurang juga ada pengguna media sosial berpendapat lelaki berkenaan mempunyai niat yang tidak baik.
Namun, hanya dia dan Maha Esa sahaja yang mengetahui motif sebenarnya.
Berikut antara komen pengguna Facebook:
“Mungkin Allah Nak Bagi Dia Hidayah, Dia Tengah Berlatih Muhasabah Diri”

“Urine Dulu, Takut Standby Tunggu Line Clear Dia Masuk Masjid Pecah Tabung”

“Dia Dua Je, Tak Kena Syabu, Nak Roket Duit Tabung Masjid Ni”

“Risau Dia Anxiety Je, Orang Ada Anxiety Ni Dia Akan Rasa Tak Selamat Walaupun Ada Di Rumah, Dia Akan Cari Tempat Betul-Betul Selamat”

“Apa-Apa Hal Urine Dulu, Baru Tahu Dia Sakit Ke Tak, Anxiety Ke, Apa Ke, Kena Pass Ujian Air Kencing”

Baca Artikel Berkaitan: Kawan Guna Van Jenazah Jemput Di Airport Buat Ramai Terhibur [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ada Persoal Van Jenazah Guna Lampu Kecemasan, Wakil NGO Beri Sebab Kenapa Ianya Perlu Dari Sudut Teknikal
Source:




