Tempahan Honor X9c 5G Dibuka Dengan Deposit RM9 Dan Hadiah Bernilai RM1,486

TechnologyDigital
28 Oct 2024 • 1:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor mengesahkan bahawa peranti baharu X9C akan ke pasaran Malaysia pada 5 November akan datang. Ia merupakan pengganti buat X9b yang diumumkan tahun lalu dengan tahap ketahanan lebih baik. Di samping penambahbaikan berterusan dari aspek perkakasan dalaman.

image is not available

Seiring dengan pengumuman itu, Honor turut membuka tempahan awal untuk peranti berkenaan dengan deposit hanya RM9. Di samping turut menikmati faedah eksklusif lain seperti hadiah bernilai RM1,486 termasuk Honor Choice Haylou, jaminan gantian retak hadapan dan belakang selama setahun, polisi gantian peranti one-to-one selama 180 hari tanpa perlu membaiki peranti sedia ada dan jaminan bateri tiga tahun tanpa sebarang kos tambahan.

image is not available

image is not available

Faedah ekslusif bukan sekadar itu sahaja tetapi pembeli juga berpeluang untuk memenangi hadiah tambahan sehingga RM1,500 melalui sesi cabutan bertuah. Hanya 10 pembeli bertuah akan menerima pulangan tunai RM1,500 manakala 300 pemenang lain akan membawa pulang Honor Choice Robot Cleaner R2 setiap seorang yang bernilai RM1,299.

image is not available

Tempahan boleh dibuat sehingga 4 November 2024 melalui laman sesawang dan pengedar rasmi Honor termasuk Lazada, Shopee, Senheng, SenQ, dan Urban Republic

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved