“Nak Bersalin Hospital Swasta Je” – Tuntut Cerai Sebab Suami Bagi Nafkah Sikit, Rupanya Isteri ‘Demand’ Lebih

Family & Parenting
6 Oct 2022 • 12:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Realiti sebenar hidup sebagai pasangan suami isteri bukanlah satu perkara yang mudah dan banyak dugaan yang perlu dilalui oleh pasangan untuk nikmati kemanisan rumah tangga.

Tetapi tidak semua pasangan mampu untuk mempertahankan masjid yang sudah dibina dan terpaksa bercerai untuk kebahagian kedua-dua belah pihak.

Sama seperti kisah seorang jejaka ini apabila isterinya meminta untuk berpisah kerana dikatakan suami tidak beri nafkah yang cukup.

Melalui perkongsiaan Ustaz Anas di platform TikTok, lelaki terbabit mengadu isterinya tuntut untuk bercerai kerana dia tidak mampu beri nafkah yang cukup ketika bersama.

Lelaki terbabit hadir berjumpa dengan Ustaz Anas dalam keadaan serabut dan lebih mengejutkan, tangan lelaki terbabit ketika itu berwarna kerana isteri meminta cerai ketika dia sedang menggaul ikan dengan kunyit untuk digoreng.

Isteri saya menuntut cerai atas sebab nafkah yang diberikan kurang, tetapi ini semua disebabkan hawa nafsunya juga.

Menurut lelaki terbabit, dia dikelilingi dengan hutang kerana isteri mahu anak-anak dilahirkan di hospital swasta hingga dia terpaksa membuat pinjaman peribadi yang banyak.

image is not available

image is not available

Susulan video terbabit sedang tular, ramai yang meninggalkan komen nasihat kepada wanita terbabit untuk sentiasa ukur baju dibadan sendiri dan untuk sentiasa bersyukur seandainya sudah memiliki suami baik.

image is not available 1 hari lalu

"Kena Jadi Lee Min Ho Dulu Bang.." - Berlari Terjun 'Crowdsurf', Pelawak Tahan Malu Tak Disambut Penonton