
Sebentar tadi, usahawan serta pempengaruh popular iaitu Khairul Aming telah berjaya menjual kesemua produk terbarunya Rendang Nyet Berapi melalui live TikTok dalam tempoh beberapa saat sahaja.
Difahamkan, lima pembeli yang terawal akan ditaja sepenuhnya untuk bercuti ke luar negara iaitu ke New Zealand.
Sedar ramai yang kecewa tidak dapat tersenarai dalam top 5 pembeli terawal, Khairul Aming atau mesra dipanggil sebagai KA menegaskan bahawa niat utamanya adalah menjual Rendang Nyet Berapi itu.
KA nak perbetulan niat kat sini, KA jual rendang bukan New Zealand. KA nak akad penjualan tu sah.
Susulan berkata sedemikian, ramai yang memuji sikap KA yang mengetahui cara penjualan yang sah disisi agama agar tidak berlaku salah faham di masa akan datang.

Tahniah! Khairul Aming Lancar Produk Ketiga Iaitu 'Rendang Nyet Berapi', Siap Sedia 'Battle' 8.8 Nanti
The post “Nak Betulkan Niat Kat Sini, KA Jual Rendang Bukan New Zealand” – Mahu Akad Penjualan Rendang Nyet Berapi Sah, KA Dipuji Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

