Rekod baharu! Khairul Aming raih RM1.2 juta dalam tempoh 30 saat, Rendang Nyet Berapi sold out

LocalBusiness & Finance
9 Aug 2025 • 7:40 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

FIGURA terkenal dalam dunia keusahawanan dan media sosial, Khairul Aming sekali lagi mencipta kejutan apabila produk terbaharunya, Rendang Daging Nyet Berapi, mencatat jualan sebanyak RM1.2 juta hanya dalam masa 30 saat selepas dilancarkan.

Produk edisi ketiga di bawah jenama Sambal Nyet ini dijual pada harga RM17.99 seunit dan dipasarkan dalam pek lima unit.

Rendang Nyet Berapi keluaran Khairul Aming mencatat jualan memberangsangkan apabila 70,000 paket habis terjual dalam tempoh hanya 30 saat pada jualan pertama. 

Pun begitu, sebahagian penonton meminta KA untuk membuka jualan kali kedua kerana tidak sempat membuat pembelian susulan laku keras.

Lebih mengejutkan, jualan kedua Rendang Nyet Berapi juga merekodkan masa pantas, 48 saat untuk 30,000 paket produk berkenaan habis terjual. Ia menjadikan jualan Rendang Nyet Berapi mencecah RM1.8 juta!

Kejayaan itu sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai antara figura paling berpengaruh dalam dunia jualan atas talian di Malaysia sekali gus mengalahkan ikon beg kuning Datuk Seri Aliff Shukri.

image is not available

Menambahkan lagi keterujaan, lima pembeli terpantas berpeluang memenangi percutian ke New Zealand sempena pelancaran produk itu,

Menariknya, setiap pemenang boleh membawa seorang teman, menjadikan seramai 10 peserta keseluruhan yang akan menikmati percutian ini dengan semua kos termasuk penerbangan, penginapan dan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya

Khairul Aming memilih South Island sebagai destinasi, yang akan dikunjungi pada Oktober bersempena musim bunga. Ia merupakan sebuah lokasi terkenal sebagai antara yang tercantik di New Zealand!

Katanya, percutian tersebut dapat direalisasikan hasil hubungan baik dengan Kedutaan New Zealand, yang terjalin sejak pertemuan beliau bersama Perdana Menteri negara itu tahun lalu.

Tahniah Khairul Aming dan team!