“Nak buat apa?” – Tular Video Individu Angkat Penyu Mendarat Untuk Bertelur Di Pantai Cherating

Entertainment
28 Jul 2025 • 1:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam tular beberapa video memaparkan tindakan sekumpulan individu dilihat mengangkat seekor penyu yang baru sahaja mendarat ke pantai untuk tindakan yang mencurigakan.

Difahamkan, penyu berkenaan baru mendarat di pesisir Pantai Cherating untuk bertelur sebelum haiwan itu dilihat didekati beberapa individu yang kemudian mengangkatnya, namun kemudian ditegur pelancong yang berada di kawasan tersebut.

image is not available

image is not available

Lihat video di sini.

Tindakan tersebut yang telah dirakam dan diviralkan di laman Threads telah mengundang kemarahan netizen yang pelik dengan perilaku individu-individu tersebut yang dianggap mengganggu reptilia berkenaan.

image is not available

Walau bagaimanapun, sehingga setakat ini tiada pengesahan dibuat oleh pihak berkuasa berhubung kejadian itu serta lokasi dan masa sebenar ia berlaku.

Ada juga di kalangan netizen berkata, individu berkenaan bertindak sedemikian adalah kerana mereka ingin mempercepat proses untuk penyu bertelur dan mengangkat ia ke lubang yang telah dibuat individu ini.

Netizen juga mendakwa, individu tersebut mungkin berniat untuk mencuri telur penyu tersebut dan sebagainya. Namun kenyataan ini tidak dapat dipastikan dan punca sebenar masih tidak diketahui.

image is not available

Sebagai info, kesemua spesis penyu kini diancam kepupusan disebabkan haiwan ini terpaksa berhadapan dengan banyak ancaman semula jadi dan ancaman daripada manusia sepanjang hayat mereka.

Setiap tahun, populasi penyu yang mendarat untuk bertelur semakin berkurangan dan Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) meletakkan haiwan ini sebagai spesis yang terancam.

Kalau apa yang dilakukan individu di dalam video ini salah, harap pihak berkuasa ambillah tindakan sewajarnya.

Sumber: Threads, Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.