Nak cari pengasuh anak dengan cepat dan senang. Aplikasi Sitly sedia membantu

Digital
1 Feb 2023 • 5:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
sitly

KEPADA anda yang mencari khidmat pengasuh, Sitly merupakan salah satu aplikasi yang menjadi pemudah cara lebih-lebih lagi jika memerlukan khidmat golongan itu pada saat genting atau terdesak.

Platform tersebut antara lain menghimpunkan komuniti pengasuh dan penjaga di bawah satu bumbung.

Melalui Sitly, para pengguna boleh memadankan ciri diperlukan termasuklah dari segi pengalaman, umur, lokasi atau kadar pembayaran yang dipersetujui.

image is not available

Lebih 500,000 pengguna direkodkan menggunakan aplikasi itu setakat ini.

Sitly mengenakan caj untuk langganan premium sekiranya orang ramai mahu memulakan perbualan untuk berkomunikasi dengan pengasuh atau ibu bapa.

image is not available

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi