“Nak Dapat 3K Pun Sesak Dik..” – ‘Fresh Grad’ Jangka Gaji Permulaan RM5000, Netizen Suruh ‘Pijak Di Bumi Nyata’

LocalBusiness & Finance
30 Oct 2024 • 3:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan pelajar lepasan degree dan diploma yang baru graduasi disoal tentang berapakah anggaran gaji yang ditawarkan mahu diterima oleh mereka.

Mahu gaji fresh grad RM5000

Jawapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar itu membuatkan netizen ‘tergelak’ apabila semua merasakan pelajar-pelajar tersebut terlalu meletakkan ekspektasi terlalu tinggi mengenai gaji fresh grad.

Rata-rata pelajar yang disoal menjawab gaji yang sepatut dimiliki oleh mereka adalah lebih dari RM2500.

Tetapi hal yang mencuri perhatian ramai apabila terdapat dua orang pelajar mendakwa mereka layak untuk menerima gaji permulaan setinggi RM5000 hingga RM6000 dengan alasan kelayakan pelajar yang tinggi serta skil pengalaman yang didapatkan sewaktu menuntut di universiti.

Berpijak pada bumi yang nyata, tak akan berlaku

Susulan video tersebut telah tular, rata-rata netizen meminta pelajar-pelajar tersebut ‘berpijak di bumi nyata’ kerana persaingan terlalu besar dan keadaan ekonomi ketika ini tidak mudah untuk mereka menerima gaji sebesar itu jika baru fresh grad.

image is not available

Bahkan, ada yang mendedahkan pelajar lepasan ‘master’ pun belum tentu menerima gaji sebesar itu, biarpun mahir dalam sesuatu bidang.

Ramai juga yang menjangkakan lepasan pelajar-pelajar itu semua akan menerima gaji sekitar RM2500 sebagai gaji permulaan di sesebuah syarikat susulan tidak mempunyai pengalaman bekerja lagi.

image is not available

image is not available 3 days ago

"Lagi Besar Dari Graduate Engineering" - Gaji Asas Ditawarkan Uniqlo Lebih RM3000, Ramai 'Berkobar-Kobar' Nak Rebut Peluang