Netizen Terkejut Lihat Elaun Pelajar IPT, Ada Yang Cecah RM10k Sebulan?

Entertainment
21 Oct 2024 • 11:38 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi korang, berapakah jumlah elaun yang munasabah untuk diberikan kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dalam sebulan?

Baru-baru ini, tular satu perkongsian video di TikTok mengenai berapa jumlah elaun yang diterima oleh beberapa pelajar IPT telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Dalam video tersebut, beberapa pelajar ditanya soalan mengenai jumlah elaun yang diterima dalam sebulan.

Ada menjawab anggaran dalam RM500, RM1,200 dan RM7,000 untuk menampung pengajian mereka di IPT. Bagaimanapun, jawapan seorang pelajar ini mengejutkan ramai apabila dia menyatakan elaun yang diterima adalah sebanyak RM10,000 sebulan.

“Disebabkan saya dapat biasiswa dan diberi oleh ibu bapa, campur dua-dua lebih kurang RM10,000,” ujar salah seorang pelajar.

Ketika ditanya berapakah jumlah elaun yang sepatutnya pelajar terima untuk sebulan, mereka menyatakan anggaran sebanyak RM1,500 sudah cukup bagi pelajar yang menyewa di luar kampus.

Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan elaun RM300 untuk tiga minggu sudah mencukupi dan selebihnya dia akan melakukan kerja sambilan untuk menampung perbelanjaan dalam sebulan.

Rata-rata yang melihat perkongsian video itu berasa terkejut dengan jumlah elaun yang diterima oleh pelajar-pelajar berkenaan kerana hampir menyamai gaji mereka yang baru masuk ke alam pekerjaan.

image is not availableimage is not available

Pun begitu, ada yang mendakwa terdapat salah faham dalam pertanyaan dan jawapan yang dikongsikan itu. Namun, pemilik video berkenaan menegaskan dirinya mempunyai rakaman asal tentang video terbabit.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.