Nak halang aksesori sebarangan disambung pada USB-C iPhone, Apple dilapor bangun cip khas

Digital
12 Feb 2023 • 6:45 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sekiranya Apple tunduk kepada arahan Kesatuan Eropah (EU), iPhone yang akan dilancarkan dalam tahun 2023 sepatutnya bakal hadir dengan port USB-C. Namun, seperti kelazimannya, Apple tentu ada teknik licik yang bakal diguna bagi mengawal tahap keuniversalan USB-C.

Ada maklumat menyatakan yang Apple sedang membangunkan cip khas untuk berada antara port USB-C dengan sistem operasi telefon, hanya untuk memastikan aksesori yang diluluskan Apple sahaja boleh beroperasi bersama-sama iPhone. Ia seperti piawiaan Made for iPhone (MFI) pada aksesori sambungan Lightning sedia ada.

image is not available
Sambungan Lightning pertama kali diperkenalkan pada iPhone 5 (2012)

Malahan, khabar angin juga bertiup tentang Apple membangunkan kabel USB-C khas untuk mengecas iPhone. Bagi menggunakan arahan EU ini untuk memaksimumkan manfaat kepada Apple, hanya varian Pro sahaja akan menikmati sambungan perpindahan data lebih pantas daripada USB 2.0 (480Mbps) manakala varian bukan pro kekal kelajuannya seperti sambungan Lightning.

Dimaklumkan bahawa cip sebegini tidak hadir, setakat ini, pada barisan iPad yang sedia hadir dengan port USB-C.

Buat masa ini, walaupun ia berada di takat khabar angin, tidaklah memelikkan sekiranya kita melihat pada tabiat-tabiat Apple pada produk-produk yang sudahpun dilancarkan. Sekarang, kita tunggu dan lihat.

Sumber: Macrumors