“Nak Hidup Tenang” – Asyik Tayang Kemewahan, Intan Najuwa Balas Kecaman ‘Haters’

EntertainmentLifestyle
23 Jul 2025 • 5:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Datin Intan Najuwa menjelaskan bahawa perkongsiannya di media sosial bukan bertujuan untuk bermegah dengan kemewahan, sebaliknya hanya mahu berkongsi rutin harian dan memberi inspirasi kepada pengikut.

Intan, 27, berkata pada Utusan Online dia telah lama berkongsi kehidupannya di media sosial sejak sebelum berkahwin, dan meneruskan perkara tersebut selepas bergelar isteri dan ibu.

Menurutnya, apa yang dimuat naik hanyalah kehidupan sebenar, termasuk aktiviti seperti menolak stroller anaknya, bukan sekadar gaya untuk tontonan. Dia turut menepis dakwaan sengaja ingin ‘menayang’ dan berharap pengikut melihat perkongsian itu secara positif.

image is not available

Mengenai kehadiran jururawat yang menjaga anaknya, Imane Lunara, Intan menjelaskan ia merupakan inisiatif suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, demi memastikan kebajikan ibu dan anak terjaga. Dia menekankan setiap ibu mempunyai rezeki berbeza dan semua pasti mahu yang terbaik untuk anak mereka.

Walaupun berdepan kecaman di media sosial, Intan memilih untuk fokus kepada perkara yang membina. Katanya,

Sekarang ini, saya hanya fokus pada perkara yang baik dan positif. Kalau kita nak hidup tenang dan bahagia, tak perlu fikirkan sangat pasal ‘haters’.

image is not available 2025-07-20 11:15:04

"Eh Macam Nak Cili Mulut Dia, Stop La Judge Kulit Orang" - Intan Najuwa Geram 'Makcik Bawang' Tegur Kulit Gelap