“Nak Hina Tudung Tak Apa, Jangan Hina Ciptaan Tuhan..” – Bidas Komen Netizen Di TikTok, Usahawan Kesal Fizikal Dihina

8 Jan 2024 • 3:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan sensasi dan pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri tampil membidas komen yang dilontarkan oleh warganet kepadanya kerana telah menghina rupa parasnya.

Teguran kepada netizen

Kata Haliza di salah satu video yang dimuat naik di laman TikTok, dirinya tidak kisah jika ada yang mengutuk rekaan tudungnya namun dia berasa tidak senang hati apabila ada yang menghina ciptaan Tuhan.

Orang kata saya tak ada class, ‘money cannot buy class‘, at least ada juga money. Yang bercakap tu money tak ada, class pun tak ada.

Ini nak tegur sikit, kalau nak hina tudung saya, tak apa. Tapi jangan menghina ciptaan Tuhan.

Jangan hina ciptaan Tuhan

Menurutnya, jika dirinya ingin mengubah penampilannya dengan melakukan pembedahan kosmetik, dia mampu. Namun, masih berpegang kepada agama, Haliza tidak berbuat demikian walaupun dihina.

Kalau saya nak pergi Korea nak ubah ciptaan Tuhan yang terbaik ni, bila-bila masa sahaja.

Nak hina ciptaan manusia, silakan. Tapi kalau nak menghina ciptaan Tuhan, jangan sesekali.

Terdahulu, usahawan ini sempat tular di media sosial kerana disangka bersikap riak terhadap harga tudung yang dipakai mencecah ribuan.

image is not available 5 days ago

"Hanya RM1.2K Je? Gaji Kita Sebulan Puan.." - Tudung 'Termurah' Usahawan Cecah Ribuan, Netizen Terkejut Dikata Murah