“Jangan hina ciptaan Allah” – ‘Founder’ Jenama Tudung Sekolahkan Netizen Lepas Kena ‘Face Shaming’

Entertainment
8 Jan 2024 • 1:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama pengasas tudung Bawal Exclusives, Haliza Maysuri sering menjadi bualan ramai selepas dia mengeluarkan kenyataan tudung bawal berharga RM 1200 bukanlah sesuatu yang mahal.

Dia juga menjadi perhatian ramai selepas berkata dia bersalah kerana memakai tudung ‘murah’ lalu membeli kasut berharga lebih RM 5,000 dan perkara itu membuatkan ramai netizen yang merasakan dia bersikap riak dan takbur.

Terbaru, Haliza melalui TikTok miliknya berkongsi ada yang mengatakan dia tidak classy walaupun berduit namun dia membalas kenyataan itu dengan berkata mungkin dia tidak classy seperti orang berada yang lain namun dia masih mempunyai harta yang banyak.

Haliza dalam video yang sama, sempat memberikan pesanan kepada seorang individu yang mengeluarkan kata-kata hinaan kepadanya dalam video sebelum ini.

“Lepastu, ni saya nak tegur sikit. Kalau nak menghina rekaan tudung saya, Cik Siti Wan kembang ke takpe, tapi jangan menghina ciptaan Tuhan.

Ada ke dia kata, tudung Cik Siti Wan Kembang, patutlah hidung kembang,” katanya.

Dia turut berkata jika dia mahu mengubah ciptaan tuhan yang sempurna itu dia boleh buat pembedahan plastik di Korea namun memilih untuk tidak berbuat demikian.

Fuh!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.