Nak jadi penyondol tak perlu cantik, cuma perlukan lelaki yang tak reti bersyukur – Mimi Lana

LocalEntertainment
31 Oct 2024 • 12:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular, Mimi Lana atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, menarik perhatian ramai apabila memuat naik status di Instagram yang berkaitan dengan isu orang ketiga atau penyondol, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Mimi berpandangan orang ketiga dalam sesuatu hubungan tidak perlu menjadi cantik sebaliknya hanya memerlukan lelaki yang tidak bersyukur dan tak sedar diri.

Mimi Lana

Instagram will load in the frontend.

“Nak jadi penyondol tak perlu cantik, kurus atau putih. Penyondol cuma perlukan lelaki yang tak reti bersyukur, tak guna dan tak sedar diri,” katanya di ruangan kapsyen.

Mimi turut menyertakan lagu “Pudar” dalam hantaran tersebut, dan menggunakan tanda pagar #Andaitiadadia yang merujuk kepada naskhah terbarunya yang sudah ditayangkan di kaca televisyen.

Mimi Lana

image is not available

Ramai setuju dengan Mimi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen termasuklah rakan artis setuju dengan kapsyen yang ditulis oleh pelakon kelahiran Taiping, Perak itu.

image is not available

Sebelum ini, pelakon filem The Experts itu menyatakan bahawa seorang wanita tidak sepatutnya merebut kebahagian wanita lain untuk kepentingan diri sendiri.

Terdahulu, Mimi dan Syafiq telah membatalkan perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 19 Ogos tahun lalu atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Difahamkan, majlis akad nikah pasangan tersebut sepatutnya diadakan pada sebelah pagi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang sementara resepsinya pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman.

image is not available

Sumber: Instagram @missmimilana