“Saya nak giveaway bag ni” – Dewi Tak Tahu Handbag RM 12K Milik Cik Epal?

Entertainment
30 Oct 2024 • 4:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemelut di antara pempengaruh Cik Epal serta bekas suaminya, Jofliam serta Dewi yang dikatakan orang ketiga dalam perhubungan mereka itu nampaknya masih belum bertemu penyelesaian.

Baru-baru ini, tular beberapa gambar Dewi dilihat memakai beg tangan mewah berwarna coklat yang akhirnya didedahkan bukan miliknya, sebaliknya ia milik Cik Epal.

Malah, Cik Epal turut berkongsi beberapa bukti gambar bahawa beg tangan jenama Celine itu miliknya menerusi laman Instagram miliknya.

Pun begitu, Dewi tidak berdiam diri dalam hal ini dan mengeluarkan kenyataan bahawa dia sememangnya tidak tahu beg tangan itu milik Cik Epal, dia juga mendakwa Jofliam menghadiahkan beg itu kepadanya.

image is not available

Pun begitu, IG Story tersebut dilihat sudah pun dipadam dan Dewi kemudiannya memuat naik satu lagi IG Story yang mengatakan dia akan memulangkan semula beg tangan itu kepada Jofliam dan membiarkan chef piza itu membuat keputusan apa yang akan dilakukan dengan beg tangan berharga RM 12,000 itu.

image is not available

“Semua kena ambil chill pill. Saya ulang Ketika menerima bag itu, saya tak tahu itu hak milik orang lain.

Saya terima aja hadiah yang diberi. Jadi, selepas ini saya pulangkan semula bag tu pada Jo dan biar dia fikir apa nak dibuat dengan beg itu ok?” tulisnya.

Dalam pada itu, Cik Epal dalam Instagram miliknya meuat naik video ketika beg tangan itu dibeli olehnya dan memberitahu dia sudah tidak mahu memiliki beg tangan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal (@cikepal06)

“Tak malu betul pompuan ni. Dah ada bekas tiak kau dekat handbag tu, kau ingat aku hamak lagi ke nak pakai?

Memang tak lerrr. Dah la nak giveaway handbag orang. Harga diri aku lagi mahal lah dari harga handbag yang kau hamak sangat nak pakai ni,” tulis Cik Epal di kapsyen.

Ui, makin panas pula kemelut dorang ni!

Sumber: Instagram (1)(2)

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.